My Blog

Monday, April 18, 2011

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?




*Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Friday, March 11, 2011

Asal Usul solat












SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  • Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
  • Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
  • Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
  • Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
  • Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
  • Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
  • Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
  • Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  • Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Saturday, February 19, 2011

Perkahwinan adalah ibadah



Assalamualaikum... kebelakangan kini ana selalu terdengan perbualan rakan2 ana sama ada live or througe fb pasal kahwin...
dalam Islam, kahwin merupakan perkara yang paling dituntut. separuh agama telah terlaksana apabila berkahwin.. tapi mcm mana lak calon suami atau isteri 2??

Nabi saw bersabda: Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi. (Riwayat tirmizi).
Nabi saw bersabda lagi: Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara: Harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

so jelaslah, agama memaikan peranan penting dalam membina Baitul Muslim. dengan perkahwin juga bakal melahirkan khalifah di muka bumi ini.. bt para pemuda dan pemudi, pilihlah calon suami dan isteri yang layak memegang amanah agama dalam menyempurnakan agama...

Friday, February 18, 2011

Santapan jumaat

Kalimah Subhanallah merupakan kalimah Baqiyat Shalihat ( baik untuk selama-lamanya, sepanjang masa dan sesuai sepanjang zaman) yang ringkas dan mudah untuk dilafazkan. Kalimah tasbih ini sangat ringan diucapkan tetapi berat dalam timbangan. Malah ia mempunyai kesan luar biasa dalam kehidupan.

Mari kita berkongsi cerita. Suatu hari Imam Ahmad bin Hambal pergi ke suatu daerah untuk berdakwah. Hari sudah hampir malam dan Imam tiada tempat untuk menginap. Lalu Imam pergi ke sebuah masjid, membentang tikar dan bermalam di sana. Tiba-tiba penjaga masjid mengejutkannya dan memberitahu bahawa beliau tidak dibenarkan tidur di masjid, tanpa mengetahui bahawa orang yang dilarangnya itu adalah ulama' besar. Di saat itu, seorang pembuat roti lalu dan menghampirinya dan bertanya , "Apa yang terjadi pada anda". Imam menjawab, " Saya tidak mendapatkan tempat untuk bermalam dan saya hendak tidur di masjid, tetapi penjaga masjid melarang saya tidur di masjid", jawab Imam. Pembuat roti itu mengajak imam pulang dan bermalam di rumahnya. Imam Ahmad tidak dapat melelapkan matanya, dia memerhatikan pembuat roti itu dan terlalu kagum melihatnya banyak mengucapkan tasbih "Subhanallah "sambil membuat roti. Keesokan paginya Imam bertanya,"Apakah anda sudah melihat dan merasakan suatu keberuntungan dari membaca tasbih"? Pembuat roti menjawab,"Ya, demi Allah, semua yang aku mohonkan selalu dikabulkan Allah kecuali satu yang hingga kini belum dikabulkan Allah". "Apakah yang satu itu"? tanya Imam Ahmad. Pembuat roti menjawab," Aku ingin melihat seorang ulama besar, iaitu Imam Ahmad bin Hambal." Imam berkata, " Akulah Imam Ahmad bin Hambal. Demi Allah, Dia telah mengirimkan aku memenuhi permohonan anda, Sunggguh doa anda telah dikabulkan Allah."

Sabda Rasulullah :

~Barangsiapa yang malam-malamnya gelisah oleh fikiran, siapa yang susah untuk berinfak dan takut diserang musuh, maka perbanyakkanlah membaca Subhanallah Wabihamdihi, kerana kalimah itu lebih dicintai Allah daripada menginfakkan segunung emas dan perak di jalan Allah (Riwayat Al Tabrani).

~Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallahi Wabihamdihi seratus kali sehari, maka kesalahannya dihapuskan walau sebanyak buih di lautan (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

~Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallahi Wabihamdihi, maka baginya disiapkan tanaman pohon kurma di syurga (Hadis Riwayat Ibnu Hibban).

~ Rasulullah saw ditanya, kata-kata yang paling afdhal? Rasulullah saw menjawab: kalimah yang dipilihkan Allah untuk para malaikatNya dan hamba-hambaNya adalah Subhanallah Wabihamdihi (Hadis Riwayat Muslim).

Seluruh makhluk bertasbih kepada Allah. Kerana tasbihnya itulah, maka setiap makhluk diberikan kelebihan dan keistimewaan dari Allah. Yang banyak bertasbih tentu kemuliannya lebih tinggi dibandingkan dengan yang sedikit bertasbih.

Begitulah hebatnya kalimah tasbih ini. Kita disarankan untuk membaca tasbih setiap kali selesai solat. Ucapkan tasbih di saat memulakan apa sahaja pekerjaan, di dalam kenderaan, di saat melihat sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan. Tangan kita tidak akan pernah kosong setelah membaca tasbih, insya Allah.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000501806565

Zainora Ramli, Jumaat 18 Februari 2011.